DOA-DOA BUAT PELAJAR
Kehidupan sebagai seorang pelajar penuh dengan perjuangan dan pengorbanan. Segala perjuangan dan pengorbanan dalam menuntut ilmu adalah mulia dan suci di sisi agama Islam, dalam suatu perjuangan kadang-kadang memperolehi kemenangan atau kejayaan dan ada kalanya kecundang. Kejayaan dan kegagalan semuanya telah ditentukan oleh Allah Subhanahu Wataala. Sebagai seorang hambanya kewajipan kita hanyalah berusaha. Apa sahaja keputusan yang diterima redhailah. Sekiranya berjaya, bersyukurlah kepada Allah Subhanahu Wataala. Jika sebaliknya terimalah dengan sabar dan redha. Kemungkinan di sebalik kegagalan itu banyak hikmat dan rashia yang tersirat yang kita tidak sedari. Apa yang penting hendaklah berusaha dan tidak putus asa. Oleh itu selepas berusaha hendaklah bertawakkal kepada Allah Subhanahu Wataala. Ketahuilah bahawa rajin dan berusaha itu asas dan tangga kearah kejayaan dan kecemerlangan.
Bagi mengelakkan atau mengurangkan rasa cemas, bimbang, bingung takut atau debaran dan berbagai-bagi tekanan perasaan untuk menghadapi hari peperiksaan dan untuk menghasilkan pencapaian yang cemerlang, maka sebagai seorang pelajar muslim yang beragama adalah amat digalakkan untuk melakukan beberapa amalan-amalan yang tertentu sebagai satu usaha tambahan disamping amalan-amalan wajib yang lain amalan-amalan itu terbahagi kepada dua bahagian utama pertama: amalan kerohanian kedua: amalan fizikal.
Amalan kerohanian adalah yang berkaitan dengan pemeliharan hubungan dengan Allah Subhanahu Wataala dan ketaatan terhadap segala perintah-perintah keagamaan seperti sembahyang, membaca Al-Quran, bertawakkal dan berharap kepada Allah Subhanahu Wataala, sabar, syukur, sentiasa mengingati Allah, mengerjakan sembahyang hajat, mengamalkan doa-doa yang tertentu dan sebagainya.
Memandangkan saya juga masih lagi dalam proses menambahkan ilmu pengetahuan, di sini saya ingin nyatakan beberapa jenis doa yang boleh kita amalkan.
Doa ni InsyaAllah senang dihafal..Ayat pun pendek. |
Doa mudah menghafal... |
Selain doa,,di sini saya sertakan wirid yang perlu kita selalu amalkan....
ustaz saya ada pesan,,selalulah membaca doa ini...insyaAllah Allah memudahkan segala urusan kita.. |
Mesti kita tahu akan doa ni...Sebelum cikgu memulakan pembelajaran, mesti kita akan membaca doa ini...
Semoga Allah SWT merahmati segala urusan kita |
"Ya Allah restulah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad SAW hambamu dan pesuruhmu yang ummi dan di atas keluarga dan sahabat baginda semuanya"
0 comments:
Catat Ulasan