DOA UNTUK KESEJAHTERAAN KELUARGA
Semua orang menginginkan keluarga yang bahagia. Satu impian yang sememangnya semua orang impikan.. Sama juga seperti saya....Namun, perlu kita sedar bahawa kebahagian dalam sesebuah keluarga belum tentu dapat dicapai hanya dengan adanya harta kekayaan yang melimpah ruah...Sebagai umat islam yang bertakwa kepada Allah SWT,,kita seharusnya mengamaklan beberapa doa...Semoga keluarga kita dapat melahirkan satu suasana yang lebih harmoni dan bahagia....
Sebelum itu saya sertakan beberapa tip yang dipetik daripada Dr Fadzilah Kamsah:
1. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
2. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
3. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
4. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
5. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
6. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
7. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
Berikut merupakan sedikit sebanyak doa yang boleh kita praktikan dalam kehidupan seharian kita...InsyaAllah...
Doa keluarga bahagia.... |
![]() |
Selain tu,,,pasangan suami isteri pun boleh mengamalkan soa ini... |
Semestinya jikalau hidup kita dikelilingi berdama orang yang kita sayangi, insyaAllah,,hidup kita akan lebih bahagia...
0 comments:
Catat Ulasan